Wednesday 27 February 2013

PUTRAJAYA : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


(picture source : Credit to www.dromoz.com)

Wilayah Persekutuan Putrajaya terletak 25 km dari Kuala Lumpur adalah sebuah bandar terancang dan telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1999. putrajaya dibahagikan kepada 20 bahagian yg dinamanakan Presint 1 hingga presint 20. Terdapat juga bahagian kecil yang namanakan Parcel untuk pejabat kerajaan dan FASA bagi kuarters kediaman penduduk.

Kerajaan Persekutuan telah memindahkan pusat pentadbiranya dari Kuala lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, kerana Kuala lumpur tidak lagi sesuai menjadi Pusat Pentadbiran kerana terlalu padat dan pembangunan yang terlalu pesat. Walaubagaimanapun,  Kuala Lumpur masih menjadi Ibu negara Malaysia, dimana Kuala lumpur adalah lokasi terletaknya Istana Negara, Bangunan Parlimen Malaysia dan menjadi pusat pernigaan  dan pusat kewangan Malaysia, serantau dan antarabangsa.

Pembinaan Putrajaya adalah idea mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Yabhg Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya telah dinaik taraf menjadi Wilayah persekutuan yg ke 3 selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Nama Putrajaya diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Bandar ini terletak bersebelahan dengan Multimedia Super Corridor, Cyberjaya. Pelan Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal tahun 1990an. Kawasan asal Putrajaya adalah ladang sawit yang dinamakan ladang prang besar. Sehingga kini masih terdapat pokok pokok sawit lama yg dijadikan landskap.

Populasi penduduk Putrajaya pada ketika ini adalah lebih dari 70,000. Sebahagian besar penduduk putrajaya adalah terdiri daripada pegawai pegawai kerajaan, pekerja di sektor swasta, masyarakat peniaga, expatriat, pelajar, dan ahli keluarga mereka yang berpindah ke Putrajaya.

Writer: Sam, 
Presint 9, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment