Wednesday 22 May 2013

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Adakah anda seorang Belia? Jika anda berumur dalam linkungan 18 ke 45 tahun, anda adalah golongan BELIA.. Golongan Belia di Malaysia adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara dan legasi kepimpinan masa hadapan. Golongan belia yang meliputi rakyat yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun adalah satu kumpulan umur yg begitu penting dalam pembangunan sesebuah negara. Justeru itu pada setiap tahun, sambutan hari belia akan diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Hari Belia Negara yang jatuh pada 15 mei setiap tahun akan diraikan dalam Festival Belia Putrajaya 2013 pada 23-26 Mei 2013 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 sangat bermakna dan pastinya penuh dengan semangat baru kerana KBS baru saja mendapat seorang menteri yg muda dan mempunyai aspirasi baru untuk Belia Malaysia. YB Encik Khairi Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan yg baru. Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga adalah golongan muda iaitu YB Datuk M Saravanan. Kedua-dua ahli politik muda ini dilihat boleh MENTRANSFORMASIKAN aktiviti Belia dan Sukan di Malaysia. Datanglah beramai-ramai ke Putrajaya pada 23-26 Mei kerana bermacam-macam acara akan dijalankan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan serta sukarelawan belia yg terlibat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Festival Belia Putrajaya 2013 dibawah: Laman web : Facebook :

No comments:

Post a Comment