Wednesday 22 May 2013

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Adakah anda seorang Belia? Jika anda berumur dalam linkungan 18 ke 45 tahun, anda adalah golongan BELIA.. Golongan Belia di Malaysia adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara dan legasi kepimpinan masa hadapan. Golongan belia yang meliputi rakyat yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun adalah satu kumpulan umur yg begitu penting dalam pembangunan sesebuah negara. Justeru itu pada setiap tahun, sambutan hari belia akan diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Hari Belia Negara yang jatuh pada 15 mei setiap tahun akan diraikan dalam Festival Belia Putrajaya 2013 pada 23-26 Mei 2013 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 sangat bermakna dan pastinya penuh dengan semangat baru kerana KBS baru saja mendapat seorang menteri yg muda dan mempunyai aspirasi baru untuk Belia Malaysia. YB Encik Khairi Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan yg baru. Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga adalah golongan muda iaitu YB Datuk M Saravanan. Kedua-dua ahli politik muda ini dilihat boleh MENTRANSFORMASIKAN aktiviti Belia dan Sukan di Malaysia. Datanglah beramai-ramai ke Putrajaya pada 23-26 Mei kerana bermacam-macam acara akan dijalankan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan serta sukarelawan belia yg terlibat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Festival Belia Putrajaya 2013 dibawah: Laman web : Facebook :

Wednesday 27 February 2013

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA 2013


Salam 1Malaysia, 

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA 2013

Karnival Wow Putrajaya kembali lagi. Karnival pada tahun ini merupakan karnival kali ke 3 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Seperti biasa, Karnival Wow Putrajaya akan berlansung pada tarikh dan tempat yg berikut:

TARIKH : 28 FEB - 3 MAC 2013
TEMPAT : LAMAN 1 MALAYSIA, PRESINT 2, PUTRAJAYA 

Kepada penduduk yang berada sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Bangi, Lembah Klang dan Tourist yg berada di Malaysia anda dijemput datang beramai- ramai untuk menyaksikan acara-acara yang menarik.
Antara acara yang diadakan ialah:

- Pameran 'Putrajaya Undiscovered Jewel'
- Bunga api
- Go kart
- Lawak WOW
- Hot Air Ballon
- Tatu ATM
- Upin & Ipin
- Rumah hantu
- Paintball
- Kiddy water park
- Melawat Berbagai booth pameran

Antara penghibur yang akan membuat persembahan ialah:
Aizat, Azlan & The Typewriter, Najwa Latiff, Mas Idayu, Dato' M  Daud Kilau,
Dato' Jeffri Din, Reshmonu, 

Datang jangan tak datang...datang tau....


* Jika anda datang menaiki Tren ERL, silalah singgah di kios GEN Y FASHION  yg terletak di Putrajaya Sentral. (first kios, dekat entrance gate tren ERL, opposite dgn ATM Maybank) Kami ada menjual berbagai Tshirt, Jersi dan bermacam-macam Topi & Aksesori . Diskaun baik punya akan diberikan.... 



Writer : Sam, 
Presint 9, Putrajaya

PUTRAJAYA : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


(picture source : Credit to www.dromoz.com)

Wilayah Persekutuan Putrajaya terletak 25 km dari Kuala Lumpur adalah sebuah bandar terancang dan telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1999. putrajaya dibahagikan kepada 20 bahagian yg dinamanakan Presint 1 hingga presint 20. Terdapat juga bahagian kecil yang namanakan Parcel untuk pejabat kerajaan dan FASA bagi kuarters kediaman penduduk.

Kerajaan Persekutuan telah memindahkan pusat pentadbiranya dari Kuala lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, kerana Kuala lumpur tidak lagi sesuai menjadi Pusat Pentadbiran kerana terlalu padat dan pembangunan yang terlalu pesat. Walaubagaimanapun,  Kuala Lumpur masih menjadi Ibu negara Malaysia, dimana Kuala lumpur adalah lokasi terletaknya Istana Negara, Bangunan Parlimen Malaysia dan menjadi pusat pernigaan  dan pusat kewangan Malaysia, serantau dan antarabangsa.

Pembinaan Putrajaya adalah idea mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Yabhg Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya telah dinaik taraf menjadi Wilayah persekutuan yg ke 3 selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Nama Putrajaya diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Bandar ini terletak bersebelahan dengan Multimedia Super Corridor, Cyberjaya. Pelan Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal tahun 1990an. Kawasan asal Putrajaya adalah ladang sawit yang dinamakan ladang prang besar. Sehingga kini masih terdapat pokok pokok sawit lama yg dijadikan landskap.

Populasi penduduk Putrajaya pada ketika ini adalah lebih dari 70,000. Sebahagian besar penduduk putrajaya adalah terdiri daripada pegawai pegawai kerajaan, pekerja di sektor swasta, masyarakat peniaga, expatriat, pelajar, dan ahli keluarga mereka yang berpindah ke Putrajaya.

Writer: Sam, 
Presint 9, Putrajaya.